atas

PETUA TRADISIONAL MENGURANGKAN PANAS BADAN.



0 comments

AIR ASAM JAWA
Minum air bancuhan air asam jawa yang agak pekat sehingga terasa masamnya. Ataupun sebelum anda tidur sejukkan badan anda dengan menyapu air ke seluruh badan untuk mengurangkan panas badan.

MENTIMUN PENAWAR.
Anda kisarkan sebiji mentimun sehingga halus. Jadikan ia sebagai minuman dan campurkan dengan sedikit air, gula dan garam. Kacau sehingga sebati dan simpan di dalam peti sejuk. Anda bolehlah meminumnya setiap pagi, petang dan malam.

DAUN ARUDA DAN BAWANG PUTIH.
Ambil beberapa helai daun Aruda dan 3 ulas bawang putih. Ramaskan daun tersebut manakala bawang putih ditumbuk dan rendamkan kedua-duanya di dlama air panas mati. Gaulkan kdeua-dua bahan ini dan sapukan ke seluruh badan. Dimulakan dengan dari rambut ke badan dan diakhiri dengan kedua-dua belah kaki anda. Lakukan 2 kali sehari pagi dan malam.

DAUN PISANG NANGKA.
Ambil 2 pelepah daun pisang nangka layurkan di atas api dan letakkan 1 pelepah di atas lantai dan berbaringlah di atasnya. Manakala pelepah yang kedua letakkan di atas badan anda ke seluruh anggota badan termasuk kaki dan tangan. Ulanginya sebanyak 3 kali sehari sekiranya panas badan masih tidak berkurangan.

Petua penjagaan Muka



0 comments












RAMAI wanita inginkan kulit yang cantik, tidak berkedut dan sihat namun mereka tidak tahu adakalanya aktiviti yang dilakukan setiap hari boleh menyumbang kepada masalah kulit terutamanya kedutan.



Selain memperoleh makanan seimbang, kulit muka harus dijaga dengan melakukan rutin harian penjagaan seperti membersih, menyegar dan melembap. Tidak kira sama ada anda menggunakan produk perawatan wajah berjenama atau sebaliknya, tidak boleh tidak ketiga-tiga langkah ini harus dilakukan pada setiap pagi dan malam.
Selain penjagaan luaran, seperti kata pepatah hati yang bersih akan memancarkan aura keceriaan, begitu juga dengan kulit muka anda. Apabila anda tiada masalah, sentiasa tersenyum dan kurang tekanan menyebabkan kulit kurang mengendur, tidak berkedut dan tampak muda daripada usia.
Minum banyak air
Tetapi bukan air gas atau berperisa kopi dan teh tetapi air suam atau mineral. Minum banyak air kosong dapat membantu membuang toksin dalam badan, menjaga kesihatan kulit dan juga membantu membakar kalori dalam badan. 
Bersenam 
Bersenam baik untuk kesihatan dan juga kerohanian. Berjalan di sekitar rumah adalah satu bentuk senaman yang mudah. Jangan malas bersenam. Selepas bangun tidur, cuba lakukan sedikit senaman regangan untuk melancarkan peredaran darah. 
Jangan merokok 
Merokok merosakkan kulit dan menjejaskan kesihatan. Ada wanita beranggapan merokok boleh menguruskan badan? Sebenarnya tidak, apabila merokok dan wanita terkena penyakit, maka badan pesakit akan kurus. 
Tidur yang cukup 
Waktu malam masa terbaik untuk tidur. Tidak cukup tidur akan membuatkan anda kelihatan lebih tua daripada usia. 
Elak bermekap 
Pada waktu tertentu, benarkan kulit anda berehat daripada memakai sebarang mekap. Kulit juga perlu bernafas! Jangan biarkan sisa mekap melekat pada muka ketika tidur. 
Makanan 
Makan yang cukup tetapi bukan berlebihan. Jangan kerana ingin kurus, anda rela berlapar setiap hari. Cara baik, makan ketika lapar dan berhenti sebelum kenyang. Makan makanan mengikut piramid makanan. Pastikan semua menu sihat disediakan. 
Lakukan rawatan wajah 
Luangkan masa untuk memanjakan diri seperti membuat rawatan kulit, mencuci rambut di salun, melakukan sauna dan spa atau menikmati mandian buih di rumah. Anda boleh melakukan sendiri.
Cari pelbagai jenis bunga yang wangi dan mandi. Bunga dikatakan mempunyai tenaga tersendiri untuk mencantikkan tubuh badan. 
Elak tekanan 
Stres mempercepatkan proses penuaan. Nikmatilah muzik lembut di bilik tidur bagi meredakan ketegangan. 
Anggap diri hebat 
Anggap diri sentiasa hebat dan cantik. Ramai pakar psikologi berpendapat apabila seseorang itu yakin dengan sendirinya penampilan akan menyerlah. 
Ketawa 
Ketawa penawar duka. Sentiasa senyum kerana senyuman terapi paling mudah menghalang proses penuaan
Tip kecantikan wajah: 
Sama ada lelaki atau wanita seharusnya menjaga kulit mereka daripada sebarang masalah. 
Antaranya dengan: 
1. Cuci tangan sebelum menyentuh wajah anda. 
2. Lakukan pembersihan kulit pada pagi dan malam kerana pada awal pagi kulit mengeluarkan lemak dan kotoran manakala pada waktu malam walaupun anda tidak memakai mekap kulit mudah menerima kotoran. 
3. Pada waktu malam luangkan masa untuk membuat urutan bagi melancarkan peredaran darah dan sel baru. 
Urutan lembut selama dua minit dapat menghilangkan keletihan, menenangkan wajah dan memberi kecerahan kepada kulit dan menghilangkan

MELANGSING DAN MENGURUSKAN BADAN.



0 comments



Semua orang mementingkan potongan yang baik terutamanya wanita. Untuk menjadikan tubuh anda ramping dan enak di pandang cubalah petua-petua tradisional di bawah ini.

RAHSIA BUAH DELIMA.
Ambil 5 biji (isi bahagian dalam buah delima sahaja) dan masukkan ke dalam 2 gelas air biasa kemudian dicampurkan sedikit garam. Minumlah ramuan ini segelas setiap pagi selepas sarapan. Amalkan selama 2 minggu pada setiap bulan.

KHASIAT REMPAH RATUS.
Rebus sedikit campuran rempah ratus seperti ketumbar, jintan manis, jintan putih, lada hitam dan halia dengan secawan air. Minum sewaktu suam setiap pagi, petang dan malam. Buat sebagai air minuman anda dan anda akan lihat perbezaannya. 
ELAK PERUT BUNCIT.
Perah 2 biji limau nipis serta bancuh secawan teh pekat panas. Campurkan kedua-duanya dalam 1 cawan dan minum sewaktu masih suam. Minum selepas sarapan pagi dan makan tengahari. Ia bertujuan memecahkan lemak di dalam perut.

PERLU DIINGAT JANGAN SESEKALI TAMBAHKAN GULA DI DALAM MINUMAN TERSEBUT. 


RAHSIA DAUN BETIK.
Ambil beberapa daun betik direbus dan diminum ketika masih suam. Minum 2 gelas sehari dan amalkan selam sebulan. Anda akan rasakan perubahannya dan pasti mengejutkan boyfriend anda kerana anda akan langsing seksi dan bergaya. 

Petua Orang Tua Menghitamkan rambut



0 comments

Ramai di kalangan orang mengalami masalah uban. Tidak kira samada muda mahupun tua. Disini admin ingin berkongsi petua menghitamkan rambut anda.BAHAN-BAHANNYA:
  • 1 sudu minyak kelapa.
  • Ambil lebih kurang segenggam daun kari.
CARA-CARA MEMBUATNYA:
  • Ambil daun kari dan campurkan dengan minyak kelapa.
  • Masakkannya di atas api sehingga daun kari tersebut hangus
  • Setelah hangus sejukkannya
  • Anda cuma perlu ambil minyak itu sebagai minyak rambut anda.










newer post