atas

Nak Kuruskan Badan?



0 comments
Warna Biru menghalang selera.

Dengan menggunakan warna biru dalam aktiviti harian, secara tidak langsung dapat menbantu anda mengurangkan pengambilan makanan yang berlebihan. Dalam masa yang sama, elakkan menggunakan warna oren, merah dan kuning di ruang makan kerana warna ini membantu menambah selera makan seseorang.

Kurangkan minuman bergula.
Jadikan air masak sebagai minuman utama anda. Elakkan mengambil minuman bergula seperti air jus, air tin dan air berkabonat. Menurut kajian secara purata, hampir 245 kalori berlebihan sehari datangnya daripada air bergula. Ia menyamai 90,000  kalori setahun dan bersamaan 11 kilo tambahan kepada berat badan.

Berjalan sekurang kurangnya 45 minit sehari.
Berjalan bukan sahaja boleh menyihatkan jantung, malah dapat membantu anda untuk menurunkan berat badan berlebihan. Tetapi bagaimana caranya? Mudah sahaja, anda hanya perlu melakukan beberapa perkara untuk menambah masa berjalan anda tanpa perlu bersusah payah seperti, menggunakan tangga daripada menggunakan lift, meletakkan kenderaan anda di tempat jauh sedikit dan memilih restoren yang memerlukan anda berjalan lebih jauh daripada biasa.

Makan 5-6 hidangan kecil berbanding 3 hidangan besar sehari.
Makan secara berkala dapat membantu anda menurunkan berat badan. Cuba elakkan makan dengan kadar yang banyak pada satu-satu masa. Sebagai contoh jika anda membahagikan sarapan anda kepada dua bahagian, misalnya satu sebelum ketempat kerja dan satu lagi semasa rehat pagi, maka anda akan dapat mengurangkan pengambilan makanan pada waktu makan tengahari.
Jangan lupa mengambil sarapan pagi.
Sarapan pagi amat penting untuk membekalkan tenaga untuk anda meneruskan aktiviti seharian. Dengan mengambil sarapan pagi, ia pasti dapat mengelakkan anda daripada mengambil makanan berlebihan semasa waktu makan tengahari.

Makan bijiran untuk sarapan pagi.
Mengammbil makanan seperti Cornflakes dapat mengurangi risiko obesiti dan diabetes berbanding mereka yang memakan makanan lain untuk sarapan. Secara tidak langsung dapat menyihatkan jantung anda. Bijiran juga mempunyai serat, kalsium dan paling penting kurang lemak.

Makan hanya apabila lapar.
Tahukan anda bahawa kebanyakkan orang akan makan hanya kerana bosan, stress, gemuruh atau cemas, kecewa dan berbagai-bagai sebab lain selain lapar. Jadi sentiasa beringat untuk hanya mengambil makanan apabila lapar. Cuba untuk berhenti makan sebelum kenyang.

Makan buah-buahan.
Perbanyakkan makan buah-buahan. Mulakan makan buah-buahan sebelum mengambil makanan utama. Buah-buahan mengandungi serat yang dapat mengenyangkan. Secara tidak lansung membantu anda menurunkan berat badan secara konsisten.

Gunakan pinggan kecil.
Tahukah anda, secara tidak sedar anda akan makan lebih banyak apabila anda menggunakan pinggan yang lebih besar. Untuk mengelakkannya amatlah mudah, cuba gunakan pinggan yang lebih kecil semasa makan.

Awalkan masa makan malam anda.
Elakkan makan malam lebih daripada pukul 8.00 malam. Makan malam sebolehnya diawalkan, ini kerana perut anda akan kurang bekerja semasa anda tidur. Maka jika anda mengambil makanan yang banyak sebelum tidur, ia akan menyebabkan perut anda gagal membakar kalori dengan berkesan.


PETUA UNTUK HIDUP YANG SIHAT



0 comments

Matlamat jangka pendek dan fokus

Untuk mengelakkan malas, anda perlu mempunyai matlamat. Matlamat jangka panjang, lebih-lebih lagi matlamat jangka pendek. Seringkali kita akan rasa malas apabila kerja yang perlu dilakukan (matlamat jangka pendek) dilihat agak sukar. Maklumlah, yang susah, pastinya kita akan malas dan akan lakukan yang senang-senang sahaja. Apa yang perlu dilakukan adalah memberi fokus dan tidak melakukan terlalu banyak perkara. Permudahkan sesuatu yang susah itu, seperti, kecilkan atau pecahkan lagi kerja tersebut kepada unit-unit yang lebih kecil dan mudah untuk disiapkan. Pastikan anda mempunyai matlamat, dan bahagi-bahagikan matlamat tersebut kepada kerja yang lebih kecil supaya mudah untuk dicapai.

Bersenam & jaga kesihatan

Mungkin juga kita malas oleh kerana kesihatan. Badan yang sering penat dan lesu tentunya menjadikan minda kita juga penat dan lesu. Ini pastinya akan menjadikan kita kurang produktif dan malas.Amalkan gaya hidup yang lebih aktif dan sihat. Jaga pemakanan, kesihatan dan juga sentiasa bersenam atau bersukan. Jangan pula makan sehingga terlalu kenyang atau tidur terlalu lama. Malaslah tubuh badan jadinya!Seminggu 2-3 kali, pastikan anda menjalankan aktiviti riadah untuk memperbaiki kesihatan bersama keluarga. Apabila minda dan badan menjadi cergas, kita juga akan mempunyai lebih banyak tenaga dan lebih produktif. Sekiranya anda sering rasa malas, mungkin tiba masanya untuk anda pergi keluarkan peluh. 

SALAH SATU CARA MENGATASI SEMBELIT KEPADA SI MANJA



0 comments
Bayi biasanya membuang air besar 2 kali sehari. Melihat keadaan najis bayi juga merupakan indikator mudah untuk menentukan anak kita mengalami sembelit. Jika najis keras atau sehinggakan bayi perlu meneran dengan daya yang kuat, itu petanda bayi sembelit. Kadangkala, najis sukar untuk keluar sehinggakan luka pada bahagian otot rektumnya. Ada juga bayi dan kanak-kanak menangis kerana terlalu sukar meneran najis. Antara cara-cara untuk sembelit  bayi sembelit kanak-kanak sembelit

1) Pemilihan susu formula rawatan sembelit 
Biasanya sembelit mudah dihidapi dikalangan bayi yang minum susu formula. Ini kerana susu formula lebih sukar untuk dihadam berbanding susu ibu. Jika bayi anda sembelit selepas menukar kepada susu formula, anda mungkin boleh mencuba susu formula jenama lain. Proses memperkenalkan susu formula kepada anak kadangkala rumit kerana ada susu yang menyebabkan anak sembelit atau cirit birit.

2) Pemilihan makanan 
Di Malaysia, bayi boleh diperkenalkan makanan separa pepejal ketika berusia 6 bulan. Jika anak mengalami sembelit, tambahkan air dalam pemakannya. Contoh, jika anda berikan bayi anda lobak. Pastikan ia direbus hingga lembut, dicampur dengan sedikit air dan diblend sehingga ia mudah dihadam. Penggunaan perisa seperti garam dan gula juga harus dielakkan bagi bayi berumur kurang dari setahun.

3) Kandungan air 
Rajinkan juga memperkenalkan air masak atau air putih kepada bayi anda yang berusia 4 bulan ke atas (mengikut US). Tapi di Malaysia, disyorkan 6 bulan ke atas. Air akan memudahkan pencernaan. Bayi dan kanak-kanak yang kurang air dalam badan akan mudah menghadapi masalah najis keras; sembelit.

4) Senaman
Dari bayi dilahirkan, ibu bapa digalakkan mengurut bayi. Untuk membantu pergerakan najis dalam usus, baringkan bayi dan gerakkan kaki bayi seperti mengayuh dan menendang bola. Lakukan ini dengan kerap bagi mengatasi sembelit. ubat sembelit ubat sembelit

5) Pemilihan minuman
Ibu bapa juga boleh perkenalkan jus dan buah-buahan kepada anak-anak. Buah-buahan seperti prun, epal hijau, dan betik amat membantu untuk mengatasi sembelit atau kesukaran buang air besar.

6) Penambahan nutrisi

Sembelit boleh juga diatasi dengan menambahkan nutrisi kepada bayi dan kanak-kanak. Di sini saya syorkan Ikids.  cara atasi sembelit punca sembelit punca sembelit anak sembelit

PETUA MEMUDAHKAN KEHIDUPAN SEHARIAN



0 comments

 Semoga dapat diamalkan demi kesejahteraan seisi keluarga yang sangat mudah di amalkan dirumah.

1. Semut benci timun, letakkan kulit timun berdekatan dengan lubang atau sarang semut atau di mana terdapat banyak semut.

2. Untuk mengilatkan cermin, cucilah dengan minuman Sprite.

3. Untuk menanggalkan chewing gum yang melekat pada baju, masukkan baju tersebut ke dalam freezer dan simpan selama 1 jam.

4. Untuk memutihkan baju putih, rendam dengan hirisan lemon selama 10 minit.

5. Untuk rambut nampak berseri, bubuh 1 sudu teh cuka makan dan sapu rata di bahagian atas rambut, kemudian terus dibilas.

6. Untuk membanyakkan jus lemon, rendamkan lemon di dalam air panas selama 1 jam.

7. Untuk menghindarkan bau busuk pada sampah di dapur, letakan sekeping roti ketika kita memasak apa-apa saja roti.

8. Kalau baju terkena dawat, untuk menghilangkannya, sapu ubat gigi pada tempat yang terkena dawat itu dan biarkan ubat gigi tersebut hingga kering kemudian baru cuci.

9. Untuk menghindarkan tikus, taburkan serbuk lada hitam di mana tikus selalu ada. Tikus akan lari dan bermain jauh dari situ dan tidak datang lagi.

10. Meminum air suam 1 atau 2 gelas sebelum tidur boleh mengurangkan 90% dari serangan jantung. Begitu juga bila bangun pagi. Seperti yang kita maklum, air sangat penting pada sistem badan kita tapi kadang-kadang kita tidak ambil tau kenapa kita harus meminum air suam.Meminum air pada masa yang sesuai dengan kadar maksimum yang diperlukan oleh tubuh manusia akan membawa kesan yang baik:

  • Meminum 1 gelas air selepas bangun boleh mengaktifkan organ-organ dalaman
  • Meminum 1 gelas air 30 minit sebelum makan membantu penghadaman
  • Meminum 1 gelas air sebelum mandi boleh membantu mengurangkan tekanan darah
  • Meminum 1 gelas air sebelum tidur boleh menghindarkan stroke dan serangan jantung


11. Untuk menghilangkan bau pada kasut, letakkan surat khabar lama ke dalam untuk semalam, pasti pada keesokan hari bau kasut kamu akan hilang.

CARA- CARA MENGHILANGKAN PAHIT PERIA



1 comments



Umum ramai yang mengetahui bahawa peria itu pahit. Rasa pahit peria membuatkan ramai antara kita yang tidak mengemarinya. Kata orang pahit itulah penawar , dan sememangnya peria mempunyai banyak khasiat bukan sahaja sebagai bahan untuk kesihatan malahan peria juga boleh di jadikan hidangan yang cukup enak untuk di nikmati. Kebiasannya sayur peria enak di masak lemak cili api di gandingkan bersama udang atau ikan. Ada juga yang mengoreng peria bersama cili dan telur hancur dan sangat enak di makan bersama nasi hangat-hangat. Tak kurang juga yang kreatif , mengoreng peria bersama bancuhan tepung dan di goreng rangup. Ianya boleh di makan begitu sahaja atau di jadikan snack untuk minum petang. Namun di sebabkan rasa peria yang pahit, ramai yang mula menghindarinya walaupun tahu khasiat buah peria yang sangat baik untuk kesihatan.Di sini ita kongsikan beberapa petua untuk menghilangkan rasa pahit peria yang boleh di cuba.

Petua 1
Sayur peria di belah 2, buang biji tengahnya dan di hiris. Taburkan garam dan gaul rata. Biarkan peria bergaul dengan garam selama 5 minit. Sementara itu bolehlah kita siapkan gulai kita. Bila nak masukkan peria, ambil peria yang kita dah gaul garam tadi, cuci bersih dan bilas dengan air. Toskan dan masukkan dalam gulai lemak tadi. Insyaallah hasilnya peria yang di masak tadi tidak akan terasa pahit bila di makan.

Petua 2
Untuk menghilangkan rasa pahit peria, anda boleh juga rendamkan peria dalam air kapur makan atau kapur sireh. Rendamkan peria yang telah di potong dalam air kapur selama 5 minit. Setelah itu cuci dan bilas bersih dengn air, insyaallah peria yang di masak tidak akan pahit.

PETUA MELAYU LAMA



0 comments


30 PETUA MELAYU LAMA

1. MENURUNKAN BERAT BADAN
Jika anda mengalami berat badan yang berlebihan, air limau nipis yang anda minum boleh menurunkan berat badan anda.Sediakan dua biji limau nipis atau limau kasturi setiap hari. Setelah itu perah airnya ke dalam gelas yang berisi dengan air sejuk, masukkan ke dalam peti sejuk. Setelah itu bolehlah dijadikan air minuman setiap kali selepas anda makan tengah hari dan makan malam. Cara ini boleh diikuti dengan senaman ringan. Amalkan meminumnya selama sebulan, berat badan anda akan beransur turun.

2. ELAK KENCING MALAM UNTUK ANAK KECIL
Perahkan sedikit air lemon di atas sesudu kecil madu lebah dan terus hirup. Amalkannya di sebelah pagi dan sebelum masuk tidur. Mudah-mudahan, anak kecil anda akan berhenti kencing malam atau setidak-tidaknya dapat mengurangkan jumlah dia buang air kecil.

3. TEPUNG UBI PENAWAR RUAM
Cara yang baik untuk menghindarkan ruam dari tubuh bayi anda ialah dengan melumurkan tepung ubi selepas mandi. Pastikan bahagian-bahagian utama yang menjadi sasaran serangan ruam seperti di leher, punggung dan dada dilumur.

4. UBATI SAKIT DADA
Ambil beberapa ulas halia. Tumbuk hingga lumat dan perahkan airnya. Ambil satu biji telur ayam kampung. Keluarkan kuningnya sahaja. Campurkan bersama madu lebah tulin. Kacau rata-rata dan minum setiap pagi sebelum sarapan.

5. HILANGKAN URAT DI KAKI
Bagi ibu-ibu yang mengandung mereka sering mengalami masalah urat timbul di kaki dan ia berlarutan hingga bersalin. Di sini, ada satu petua untuk mengatasi masalah ini. Ketika tidur anda mesti meletakkan kaki lebih tinggi dari kepala. Atau ambil sebesen air suam, rendamkan kaki anda selama 15 hingga 20 minit setiap hari. Lakukan hingga anda memperolehi hasil yang memuaskan. Atau anda boleh mengurutnya perlahan-lahan dengan menggunakan minyak urut.

6. RASA GARAM DALAM MASAKAN
Untuk merasa garam dalam masakan memang menjadi masalah terutama jika anda berpuasa. Bagaimana cara terbaik untuk mengatasi masalah ini ialah dengan meletakkan kuah di atas jari anda. Jika kuah itu tidak meleleh ia menandakan masakan anda cukup masin tetapi jika jari anda merasa perit ini menandakan masakan anda terlebih garam.

7. SIMPAN KELAPA PARUT
Masukkan kelapa dalam tapisan. Letakkan di atas periuk yang berisi air panas. Biarkan wap itu masuk ke dalam kelapa.

8. MENGHILANGKAN KEDUT
Wanita yang sudah berumur biasanya sangat takut kelihatan tua. Terutamanya di bahagian muka, kerana muka adalah bahagian yang mula-mula menjdi tumpuan pandangan seseorang. Bagaimanakah caranya untuk menghilangkan kedut-kedut yang mula berjinak-jinak di muka anda? Sebenarnya tidak sukar menghilangkan kedut-kedut di muka asalkan anda rajin melakukannya. Ambillah sebiji lobak merah. Parut hingga hancur. Kemudian ambil satu sudu tepung jagung dan sebiji kuning telur. Campurkan semua ramuan itu dan kacau hingga sebati. Sapukan di tempat yang berkedut itu. Biarkan selama 20 minit, barulah dibasuh dengan air bersih.

9. PENYERI MUKA
Selain dari menghilangkan kedut di muka, ada juga amalan yang boleh dilakukan supaya muka akan sentiasa kelihatan berseri. Caranya ialah, cuci muka setiap pagi dengan daun teh yang sudah direndam. Sapukan teh tersebut ke muka, sepuluh minit kemudian basuhlah dengan air bersih.
Ataupun anda sapukan muka dengan putih telur. Biarkan selama sepuluh minit. Kemudian bersihkan dengan air. Lakukan begitu seminggu sekali. Anda akan nampak keberkesanannya.

10. GARAM UBATI SAKIT GIGI
Sakit gigi memang amat menyeksakan. Apa lagi kalau terkena di tegah malam. Hendak ke klinik mungkin klinik tutup. Jadi anda terpaksa menanggung sakit sampai ke pagi. Kerana itu berikhtiarlah sebelum sakit gigi menimpa anda. Petua ini elok dilakukan bagi menghindar dari terkena sakit gigi.
Caranya, campurkan sedikit garam halus pada ubat gigi apabila hendak menggosok gigi setiap pagi. Jika ini diamalkan, anda bukan sahaja dapat menghindarkan diri dari sakit gigi dan mulut, malah gigi anda juga akan menjadi lebih putih dan berseri.

11. MULUT BERBAU
Mulut berbau tentu menimbulkan masalah apabila hendak bercakap dengan seseorang. Untuk mengatasinya, cuba ikut petua ini. Ambil tujuh helai daun sirih. Racik halus, kemudian diramas dengan semangkuk air suam. Campurkan sedikit garam, kumurlah setiap hari dengan air itu.

12. IKAN KERING TIDAK BERULAT
Benda-benda busuk selalu dihinggapi lalat termasuk ikan kering. Keadaan ini menyebabkan ia mudah berulat. Untuk mencegahnya, jemurkan ikan di tempat panas, taburkan sedikit serbuk lada hitam yang telah ditumbuk kasar ke atasnya.

13. TUMIT KAKI TIDAK PECAH
Bagi anda yang menghadapi masalah ini, boleh mencuba petua ini. Ambil sebiji buah betik yang masih muda. Hiriskan di bahagian hujungnya agar mengeluarkan getah. Sapukan getah betik tersebut ke bahagian tumit yang pecah. Lakukan berulang kali beberapa hari jika ingin mendapat hasil yang memuaskan.

14. KEKALKAN KEPUTIHAN PERIUK
Jika anda masak menggunakan dapur kayu atau arang, tentu anda menghadapi masalah periuk hitam dan sukar dibersihkan. Bagi mengatasi masalah ini, sebelum memasak, sapukan dahulu bahagian luar periuk anda dengan pencuci pinggan seperti Axion. Setelah siap masak, cucilah periuk dengan penggosok.

15. HILANGKAN DARAH TINGGI
Jika anda menghidap sakit darah tinggi,ambillah daun kucai kira-kira se ikat. Bersihkan dan tumbuk dengan sedikit garam. Perah ambil airnya, bubuh dalam mangkuk dan embunkan. Minumlah pagi-pagi sebelum makan apa-apa.

16. KHASIAT DAUN JAMBU BATU
Kalau anda terkena sakit perut, kerap buang air, perut kembung, masuk angin dan cirit-birit, ambillah beberapa helai daun jambu batu yang masih muda (pucuknya). Mamah daun jambu batu itu dengan garam lalu airnya ditelan. Atau daun jambu biasa yang masih muda dimamah halus dan ditelan.

17. CARA CUCI BARANGAN PERAK
Campurkan perahan air limau dan garam dalam semangkuk air dan cucikan barangan perak anda. Hasilnya ia lebih berkilat.

18. HILANGKAN BAU DAN PENING MAKAN DURIAN
Biasanya selepas anda nemikmati buah durian, mulut atau sendawa anda akan berbau. Dan pada sesetengah orang pula dia akan terasa mual, pening atau mabuk. Untuk mengelakkan semua ini, ambillah pangsa durian tadi dan curahkan sedikit air di dalamnya. Ratakan air itu dan minumlah.

19. UBAT GIGI PENAWAR KULIT MELECUR
Cara yang paling mudah mengubati kulit yang melecur ialah dengan menyapu ubat gigi ke atas kulit berkenaan sebaik ianya terkena.

20. MINYAK TANAH HILANGKAN KUTU
Satu lagi petua mudah untuk menghilangkan kutu kepala ialah dengan melumurkan sedikit minyak tanah di serata kepala. Kemudian balut kepala dengan kain lembab. Biarkan selama dua atau tiga jam. Anda akan lihat kemudiannya kutu-kutu melekat pada tuala itu dan kepala anda bebas daripadanya.

21. ARANG KAYU PERAPI RAMBUT
Percayakah kayu arang dari batang getah boleh menghitam dan mengilatkan rambut. Caranya, keringkan arang itu beberapa hari kemudian tumbuk sehingga lumat. Selepas itu, campurkan dengan minyak kelapa. Lumurkan ramuan itu pada rambut setiap hari dan cucilah. Lakukan sekerap yang boleh.

22. PENAWAR BISUL/KUDIS
Ambil segenggam daun sengkuri. Petik daun muda dan keringkan sebentar, kemudian baru digiling dengan tujuh biji mata kunyit serta sedikit melukut. Kemudian calitkan sedikit kapur sirih dan sapukan daun yang digiling tadi di atasnya. Sementara untuk menghilangkan bengkak bisul dan bisanya, sapukan cuka dan nila. Petua ini juga boleh menawarkan sakit beguk di leher. Bagi kudis pula, rebus antara 30 helai pucuk daun jambu batu dengan dua gelas air. Campurkan secamca garam. Bila mendidih, biarkan ianya suam dan cucilah kudis atau gatal-gatal berkenaaan.

23. CARA HILANGKAN GRIS
Minyak gris biasanya sukar ditanggalkan jika terkena pakaian. Tetapi ada petua untuk menghilangkannya. Cuba titiskan secamca minyak tanah dan kemudian sapukan rata-rata sedikit sabun serbuk atau sabun buku. Biar seketika dan kemudian sental kuat-kuat. Ulangi beberapa kali sehingga kesannya hilang

24. PETUA SUBURKAN POKOK BUNGA
Taburkan sedikit serbuk kopi di sekeliling pangkal pokok bunga anda. Hasilnya, anda akan lihat pokok bunga subur menghijau.

25. PUTIH TELUR PENGHILANG PARUT
Jika pada tubuh anda terdapat bekas luka ataupun parut yang tidak mahu hilang, cubalah gunakan putih telur ayam kampung. Setiap kali hendak tidur, sapukan putih telur tersebut pada parut luka itu. Lakukan secara terus-menerus. Nescaya parut luka anda akan hilang.

26. BILA NASI BERBAU HANGIT
Kadang-kadang kerana kelalaian kita, nasi yang dimasak boleh menjadi hangus dan berbau hangit. Kerana itu anda jangan susah hati, cubalah cepat-cepat ambil pucuk daun pisang, masukkan ke dalam nasi tersebut dan tutup semula rapat-rapat. In Shaa Allah bau hangit akan berkurangan.

27. UBAT DEMAM MALARIA
Daun betik yang masih muda ditumbuk hingga halus dan diperah. Air perahan ini bolehlah diminum sebagai ubat demam malaria. Selain itu, ia juga boleh diminum setelah selesai haid. Kerana ia boleh melancar dan membersihkan sisa-sisa darah kotor.

28. MENGHILANGKAN GATAL-GATAL
Ada cara mudah untuk menghilangkan kegatalan akibat peluh yang mengancam seluruh tubuh kita. Ambil sesudu makan tepung sagu dan campurkan dengan sedikit air. Titiskan cuka sebanyak empat titis. Setelah dikacau, sapukan bahan itu pada bahagian yang gatal. Lakukan setiap hari sehingga bintik-bintik gatal akibat peluh itu hilang dari tubuh anda.

29. MENGHILANGKAN BAU PEDAS (CILI TUMIS)
Memasak sambal tumis atau asam pedas, anda tentu terpaksa menumis cili boh atau cili giling. Apabila cili ditumis, anda tentu dapat rasakan mata dan hidung menjadi pedih dan berair. Seluruh ruang dapur malah seluruh rumah akan mendapat akibatnya. Untuk menghindarkannya, cubalah masukkan gula pasir ke dalam minyak penggoreng yang telah panas itu. Kemudian barulah menumis bawang dan cili tersebut.

30. BINTIK-BINTIK MERAH DI BADAN
Kadang-kadang tanpa anda sedari, tubuh badan anda terkena bintik-bintik merah. Mungkin ini disebabkan terkena bisa serangga atau ulat bulu yang menyebabkan gatal-gatal atau pedih. Sekiranya anda mengalami keadaan demikian, janganlah panik. Ambillah sepotong kunyit, parut kunyit itu dan bubuh kapur sirih serta air. Panaskan ramuan tersebut di atas api, kemudian sejukkan. Setelah sejuk sapukan di bahagian bengkak-bengkak itu.

x
newer post older post